? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 13, 2009

Aktiviti 2: Tugasan 2 - Jurnal (Individu)

Jurnal 1: Listening to Parents’ Voices: Participatory Action Research in The Schools
Oleh Christine J. Ditrano dan Louise Bordeaux Silverstein

1) Apa masalah yang dijadikan kajian?

Jurnal ini mengkaji tentang bagaimana pihak sekolah dan ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya dari segi emosi boleh bekerjasama. Ia bertujuan untuk meningkatkan kerjasama diantara sekolah dan ibu bapa, bagi memperbaiki perkhidmatan kepada kanak-kanak dan menghasilkan satu model yang bukan sahaja boleh digunakan di sekolah tetapi juga kaedah klinikal yang lain. Ia juga menggambarkan bagaimana kajian kerjasama membina modal budaya dan sosial untuk individu dan masyarakat.

2) Apakah sampel kajian dan dimana kajian dijalankan?
Kajian ini dijalankan di Rockland Country, New York. Kajian ini melibatkan sebelas ibu bapa yang terdiri daripada 6 emak, 3 ayah dan 2 ibubapa (ibu kepada kanak-kanak ketidakupayaan emosi yang bekerja di Persatuan Kesihatan Mental (MHA), Rocklan Country sebagai pembela ibu bapa dan C.J.D (sebuah sekolah psikologi).

3) Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
• Perjumpaan kumpulan ibu bapa
- Kurikulum menerangkan tentang proses pendidikan khas dan mencadangkan pelbagai strategi ibu bapa dalam membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku. Pada awal perjumpaan, mereka digalakkan untuk bertanya namun mereka bersikap pasif dan MHA tidak berpuas hati dengan keputusan itu kerana ia tidak meningkatkan penyertaaan ibu bapa di aktiviti sekolah.
- Pada tahun 2002, CJD mencadangkan kumpulan PAR (Participatory Action Research) dengan matlamat untuk meningkatkan hubungan ibu bapa dengan sekolah sebagai memenuhi keperluan mereka dan anak-anak mereka dengan lebih berkesan.
- Terdapat 7 kali perjumpaan yang dilakukan dengan audiotape yang melibatkan 9 ibu bapa, 2 pasang ibu bapa dan CJD, yang mengambil masa kira-kira 5 bulan
- Sepanjang perjumpaan itu berlangsung, ibu bapa dibenarkan membawa anak-anak mereka dimana pusat penjagaan kanak-kanak disediakan. 4 orang sukarelawan akan membantu dan membimbing mereka untuk menyiapkan kerja rumah, belajar untuk persediaan peperiksaan dan belajar kemahiran belajar serta menyediakan makanan dan projek-projek seni. Oleh itu, kanak-kanak berasa gembira dengan tumpuan yang istimewa yang diberikan kepada mereka.
- Dalam 5 bulan ini, CJD menggunakan strategi PAR untuk menggalakkan ibu bapa aktif bekerjasama di dalam proses kajian dan menumpukan kepada matlamat tindakan sosial. Contohnya, dalam perjumpaan pertama setiap ibu bapa diminta menceritakan pengalaman masing-masing sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak kurang upaya dari segi emosi. Ia menjadikan ibu bapa menyumbang secara aktif dalam kumpulan dan menitikberatkan serta mengambil kira sistem persekolahan ditempat mereka.
• Peserta merasai sendiri bekerjasama dan membangunkan kesedaran kritikal
- Sebagai ibu bapa yang mengalami sendiri dan mendengar cerita dari ibu bapa yang lain, mereka mula bertanya samada sistem pendidikan khas yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan anak-anak mereka atau tidak. Perbincangan ini menjadikan mereka semakin aktif dan setiap pertemuan akan dirakamkan secara audio, dan seorang daripada ibu bapa berkenaan sukarela untuk mengkaji semula transkrip tersebut dan membentuk topik umum untuk perbincangan, dan akhirnya mencapai keputusan sebulat suara yang konkrit untuk didengar bagi memperjuangkan nasib anak-anak mereka.
• Fasa pendidikan
- Untuk perjumpaan 4 dan 5, ibu bapa telah menentukan agenda terutama topik yang ingin mereka pelajari. Dan mereka dikehendaki mencari maklumat atau pengetahuan tersebut dan berkongsi maklumat yang mereka ketahui antara satu sama lain.
• Fasa Tindakan
- Kemudian mereka merancang untuk melakukan projek tindakan termasuk bertemu dengan pegawai sekolah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat, bertindak sebagai pembela yang aktif kepada anak-anak mereka dan membuat rakaman video terhadap komponen-komponen tertentu untuk menggambarkan kumpulan.

4) Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data?
Dokumentasi- Fasa Analisis Data
- Hasil rakaman video dan audio yang diperolehi pada setiap kali perjumpaan diteliti dan dianalisis menggunaka Auerbach dan Silverstein. Pendekatan ini melibatkan tiga tahap analisis dan juga ‘bottom-up’ dan ‘top-down’ kodan.
- Kodan ‘bottom-up’ digunakan untuk menganalisis teks-teks yang relevan iaitu kata-kata peserta itu sendiri pada tahap pertama yang merupakan idea berulang.
- Tahap kedua pula dengan mengumpulkan idea yang berulang-ulang itu dengan menggunakan tema (themes). Ia menggambarkan idea umum tentang idea yang berulang-ulang.
- Tahap ketiga dan tahap yang paling abstrak dalam analisis data ialah membentuk teori. Ia melibatkan ‘top-down’ kodan dan memberi kesan kepada konsep teori yang diambil dari teori psikologi



Jurnal 2 : Improving Accounting Education Through The Use Of Action Research

1) Apa masalah yang dijadikan kajian?
Bagaimanakah untuk menggalakkan murid-murid membaca sumber dokumen yang utama di dalam perakaunan seperti Piawaian Perakaunan dan “Exposure Draft”, dan mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada buku teks yang telah diringkaskan. Pengkaji mendapati bahawa para pelajar akan memperolehi banyak manfaat daripada pembacaan dan penggunaan dokumen-dokumen tersebut terutama sebagai rujukan bagi memperolehi bahan-bahan yang mereka perlukan di dalam sesuatu kajian perakaunan, dan sekaligus dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Ini seterusnya membentuk kemahiran-kemahiran kajian sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan terutama sebagai akauntan profesional dan juru audit.

2) Apakah sampel kajian dan dimana kajian dijalankan?
Sampel kajian ialah 52 orang pelajar semester 1, Universiti Scottish yang berada di United Kingdom. 52 orang pelajar tersebut adalah pejar yang mengambil subjek penyediaan Perakaunan Kewangan untuk Kumpulan dan Syarikat. Bagi pusingan kedua, ia menggunakan pelajar yang sama sebagai responden.

3) Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
Kajian dimulakan dengan melaksanakan perubahan cara pengajaran yang menggunakan perisian atau program perakaunan tertentu ke atas para pelajar semester satu yang mengambil subjek penyediaan Perakaunan Kewangan untuk Kumpulan dan Syarikat. Makmal bagi perubahan yang dilaksanakan belum dibangunkan, namun begitu terdapat sokongan juruteknik bagi beberapa minggu pertama penguaan perisian atau program tersebut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan daripada para pelajar. Kajian ini telah dijalankan sebanyak dua pusingan, dimana pusingan pertama dilaksanakan semasa semester satu, manakala pusingan kedua dilaksanakan di semester dua dimana pada masa itu, para pelajar mengambil subjek Amalan dan Isu Pelaporan Kewangan (FRIA) dan Perakaunan Antarabangsa (IA).

4) Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data?
Pengawasan terhadap perubahan tersebut dilakukan melalui pemerhatian, kerja makmal, perbincangan secara tidak formal bersama pelajar dan kesannya keatas pengetahuan pelajar berdasarkan hasil kerja tutorial/latihan.



Jurnal 3 : Science Teachers’ Attempts at Integrating Feminist Pedagogy through Collaborative Action Research

1) Apa masalah yang dijadikan kajian?

Kajian ini berkaitan dengan ajaran dan pendidikan Sains dimana bagaimana guru mengajar subjek Sains kepada sekumpulan pelajar dimana ia lebih tertumpu kepada pengalaman tiga orang guru yang menggunakan pedagogi Feminist dalam pengajaran mereka.

2) Apakah sampel kajian dan dimana kajian dijalankan?
Membabitkan tiga orang guru yang merupakan sebahagian daripada satu keluarga dimana sebelas orang ahlinya merupakan guru yang mengajar di sekolah bandar, luar bandar dan pinggir bandar di Massachusetts Barat dan mereka mengamalkan pendekatan pedagogi Feminist.

3) Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
Sepanjang tempoh 6 bulan, pengkaji dan tiga orang guru terbabit pergi ke lain-lain guru untuk berbincang secara kolaboratif berkaitan isu-isu ekuiti, kepelbagaian dan kebolehpercayaan dalam pendidikan Sains serta profesional, praktikal dan aspek-aspek dalam menjalankan penyelidikan. Setiap perjumpaan direkodkan dan kemudian ditulis semula oleh pengkaji. Kemudian pengkaji menjalankan pemantauan ke atas kelas-kelas yang diajar oleh setiap guru tersebut dan menebual guru tersebut berkaitan pengajaran mereka. Prosedur ini dilakukan sebanyak 3 ke 5 sesi untuk setiap guru.
6 bulan berikutnya pula , satu kumpulan kecil yang terdiri dari 11 orang guru Sains yang telah telah ditemubual sebelum ini dibentuk untuk meneruskan kerja kajian. Perbincangan semasa makan malam dilakukan bagu membincangkan tentang matlamat kajian. Setiap perjumpaan direkodkan dan disalin semula oleh pengkaji.

4) Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data?
Pemerhatian, temubual dan perbincangan dilakukan bagi mendapatkan data.

No comments:

Post a Comment