? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 5, 2009

AKTIVITI 3-TUGASAN 3-KOLOKIUM

Ulasan Kajian Tindakan 1:
Meningkatkan Kefahaman Dan Minat Pelajar Dalam Subjek Sains Tingkatan Dua Melalui Kaedah Kooperartif Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek, Sepang.
Dibentangkan oleh: Wan Norsalina Wan Hussin, Nor Asmah Binti Buang

1) Pernyataan Masalah
Kajian ini telah dilakukan berdasarkan beberapa permasalahan iaitu:
• Para pelajar cepat bosan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Selama 4 minggu pemerhatian yang dilakukan oleh para pembentang, mereka mendapati bahawa para pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian dan cepat berasa bosan apabila proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara kuliah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sains

• Kurangnya daya tumpuan menyebabkan mereka kurang faham terhadap pengajaran sains yang kompleks.
Akibat dari kurangnya perhatian di dalam kelas, secara tidak langsung ia mengakibatkan para pelajar kurang faham terhadap pengajaran Sains dan mereka menganggap mata pelajaran Sains merupakan suatu matapelajaran yang sukar dan kompleks. Ia menghasilkan objektif kajian yang kedua iaitu untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai mata pelajaran Sains melalui kaedah RoundRobin Brainstorming.

• Kaedah pengajaran yang kurang berkesan
Sebelum ini, proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara kuliah. Dan ia mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran begitu membosankan, seterusnya membuktikan kaedah pengajaran ini kurang berkesan. Para pembentang telah menebual pelajar berkaitan isu ini, dan mereka bersetuju bahawa pembelajaran kooperatif berpusatkan pelajar adalah sa1ngat sesuai digunakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sejauhmanakah kaedah pembelajaran kooperatif yang berpusatkan pelajar dapat menarik minat mereka di dalam Sains. Di dalam kajian ini, mereka telah memilih kaedah Roundrobin Brainstorming sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran kooperatif


2) Metodologi Kajian, Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri dari 4-5 orang pelajar. Setiap kumpulan akan mempunyai seorang ketua dan mereka diberikan beberapa subtopik kecil bersama-sama dengan soalan untuk dibancangkan dan dijawab dalam had masa yang ditetapkan oleh guru. Kemudian mereka membentangkan hasil perbincangan mereka tadi.
Semasa sesi perbincangan dan pembentangan, guru membuat pemerhatian dan penilaian terhadap tingkah laku, kerjasama, kefahaman dan keyakinan diri para pelajar. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan tindak balas pelajar terhadap keberkesanan kaedah kooperatif terutama Roundrobin Brainstorming.
Selain itu, untuk mengetahui sejauh manakah kaedah kooperatif berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, soal selidik dijalankan dimanra respondennya merupakan 70 orang pelajar Tingkatan 2. Sepuluh soalan berkaitan keberkesanan kaedah kooperatif diberikan kepada mereka dan hasilnya mendapati hampir semua pelajar bersetuju bahawa kaedah ini berkesan untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains.


3) Implikasi Kajian
• Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat meningkatkan minat dan tahap kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains.
• Ia juga didapati berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Sains.
• Selain itu, ia juga memupuk kerjasama dan keyakinan di dalam diri para pelajar, serta menjadikan para pelajar berfikiran kreatif dan kritis.


4) Apa Yang Dapat Anda Pelajari Dari Kajian Tersebut?
• Kaedah Roundrobin Brainstorming sesuai digunakan dan diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana penglibatan para pelajar di dalam kelas menjadikan ianya berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan minat didalam sesuatu mata pelajaran.
• Ia menjadi panduan kepada saya bagaimana untuk menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas itu hidup dan tidak membosankan.



Ulasan Kajian Tindakan 2:
Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui Teknik Gubahan Lirik Lagu
Dibentangkan oleh: Robiah Binti Mohamad, Siti Hajjar Hasnaa Binti Yahya

1) Pernyataan Masalah
• Untuk meningkatkan minat para pelajar di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan kepelbagaian kaedah pengajaran guru terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.
• Untuk melatih para pelajar mengingati fakta dengan mudah dan berkesan.
• Untuk membina keyakinan dan jati diri para pelajar

2) Metodologi Kajian, Pengumpulan Dan Penganalisisan Data
• Kajian dilakukan ke atas 25 orang pelajar Tingkatan 2 SMK Desa Perdana, dimana para pelajar diminta untuk mengubah lirik lagu berdasarkan sesuatu topik di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dimana ia ditentukan oleh guru. Lagu yang digunakan hendaklah lagu-lagu yang terkenal dan mereka diberi masa selama dua minggu untuk menyelesaikannya, dan kemudian pertandingan diadakan.
• Sepanjang aktiviti ini berlangsung iaitu selama dua minggu tersebut, rakaman audio, rakaman video, pemerhatian dan temubuat telah dilakukan.


3) Implikasi Kajian
• Pada awalnya, para pelajar berasa kekok dan sukar untuk menghayati lirik lagu yang baru, dimana ia telah diubahsuai mengikut topik di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
• Namun begitu, mereka begitu teruja dengan perubahan kaedah pengajaran yang dilakukan
• Para pelajar juga begitu aktif melibatkan diri dalam menyelesaikan tugasan mencipta lirik lagu berdasarkan topik di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam secara berkumpulan. Mereka saling bekerjasama dan menunjukkan semangat berpasukan.
• Didapati para pelajar juga tidak merasa bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
• Para pelajar menyatakan kaedah mengubah lirik lagu ini sesuatu yang berlainan dan menarik serta memudahkan mereka untuk mengingat topik-topik di dalam pendidikan Islam
• Selain itu, kaedah ini juga melatih diri para pelajar untuk menjadi lebih kreatif, saling bekerjasama dan berdaya saing.

4) Apa Yang Dapat Anda Pelajari Dari Kajian Tersebut?
• Kaedah ini merupakan sesuatu yang sangat kreatif dan jarang digunakan oleh para guru.
• Bagi menarik perhatian para pelajar agar memberi tumpuan didalam kelas, sesuatu kaedah pengajaran itu boleh dilakukan di dalam pelbagai bentuk dan dikaitkan atau disesuaikan dengan minat para pelajar. Di dalam kajian ini, nyannyian merupakan kaedah yang sangat menarik dimana pada usia remaja kebanyakan para pelajar menyukai atau meminati muzik. Oleh itu, kaedah pengajaran yang melibatkan muzik akan menarik perhatian mereka dan memudahkan mereka untuk mengingati dan memahami sesuatu topik terutama bagi mata pelajaran yang melibatkan banyak fakta seperti mata pelajaran Pendidikan Islam dan Sejarah.

No comments:

Post a Comment