? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

TEORI KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boLeh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.

Guru merupakan pembimbing, pemudah cara dan perancang sedangkan pelajar yang memain peranan utama dalam P&P. Model pengajaran yang sesuai ialah inkuiri-penemuan, pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif.


KAEDAH SIMULASI


Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.

Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran


KERANGKA TEORITIKAL


Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

Friday, December 4, 2009

Aktiviti 11: Tugasan 2 Jurnal

PERNYATAAN MASALAH DALAM KAJIAN
Jurnal 1: Listening to Parents’ Voices: Participatory Action Research in The Schools
Oleh Christine J. Ditrano dan Louise Bordeaux Silverstein


Pernyataan Masalah:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang bagaimana pihak sekolah dan ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya dari segi emosi boleh bekerjasama. Ia bertujuan untuk meningkatkan kerjasama diantara sekolah dan ibu bapa, bagi memperbaiki perkhidmatan kepada kanak-kanak dan menghasilkan satu model yang bukan sahaja boleh digunakan di sekolah tetapi juga kaedah klinikal yang lain. Ia juga menggambarkan bagaimana kajian kerjasama membina modal budaya dan sosial untuk individu dan masyarakat.

Jurnal 2: The Effects Of Pictures And Prompts On The Writing Of Students In Primary Grades: Action Research By Graduate Students At California State University, Northridge

Pernyataan Masalah:

Terdapat kesukaran pada guru untuk memupuk kemahiran menulis di kalangan pelajar. Terdapat pelbagai perkara yang mempengaruhi proses menulis iaitu tingkah laku pelajar terhadap penulisan, kebolehan pelajar, minat terhadap topik, latar belakang pengetahuan, dan juga pengalaman. Kajian ini mengkaji respon pelajar sekolah rendah apabila diminta menulis menggunakan gambar dan prompt, dan juga apabila diminta menulis menggunakan prompt sahaja.


Jurnal 3: An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroomskan

1. Guru mendapati pelajar lebih banyak masa difokukan kepada matapelajaran matematik dan pembacaan sedangkan matapelajran pendidikan sosial diperuntukkan waktu yang sedikit. pendidikan sosial sangat penting untuk menghubungkan pelajar dengan dunia luar dalam pelbagai aspek seperti budaya, sejarah dan sebagainya.
2. Guru memikirkan cara yang terbaik untuk menarik minat pelajar ketika belajar matapelajaran pendidikan sosial di dalam bilik darjah agar pembelajaran yang diperolehi oleh pelajr lebih bermakna

Thursday, December 3, 2009

Aktiviti 10: Tugasan 1 Kajian Buku

MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN



Berdasarkan buku “Becoming A Teacher Through Action Research” (Donna Kalmbach Phillips & Kevin Carr)
Di dalam kajian tindakan, kita mengkaji isu yang timbul atau berlaku pada diri kita sendiri, bermakna di dalam kehidupan dan amalan semasa kita, serta mempunyai potensi untuk menambah baik di dalam pengajaran, pembelajaran dan kehidupan. Ia melibatkan beberapa langkah iaitu:


Menjelajah bidang yang diminati: Mengikut gerak hati
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kajian tindakan dijalankan untuk diri sendiri iaitu bagi menyelesaikan isu yang timbul pada diri sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Contohnya seperti “apakah yang anda ingin tahu di dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah cabaran dan kesukaran yang akan anda hadapi di dalam kelas? Bagaimanakah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan mencapai objektif pengajaran?


Menjelajah konteks sekolah anda: Melihat persekitaran anda
Daripada permasalahan yang telah dikenalpasti, ia perlulah dibentuk menjadi satu persoalan yang difokuskan. Permasalahan ini adalah hasil daripada pemerhatian yang dilakukan pada persekitaran kita iaitu di sekolah terutama isu atau permasalahan yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas.

Menubuhkan kumpulan penyelidikan: Rakan-rakan guru, kursus, dan literasi
Kajian tindakan yang dilakukan adalah tertumpu kepada amalan profesional di dalam kelas. Maka, kita tidak boleh menjalankannya dengan hanya berdasarkan teori-teori, kepercayaan dan cara mengajar kita sendiri. Oleh itu, ia perlualah dijalankan secara berkumpulan bersama dengan rakan-rakan sejawat lain bagi mengelakkan kesilapan dan ketidakpatuhan amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan panduan dan pandangan dari mereka yang lebih berpengalaman.

Selain itu, melalui kursus perguruan yang telah kita jalani, kita boleh gunakannya di dalam kajian tindakan. Sebagai contoh, kita telah mempelajari strategi pengajaran tertentu dan kita bertanya, “adakah kaedah ini sesuai digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar?”


Membentuk soalan kritikal
Menurut Arhar, Holly and Kasten (2001), mereka mencadangkan agar guru / penyelidik menimbangkan perkara yang diberi perhatian sebagai satu cara dalam membentuk soalan-soalan kritikal. Soalan-soalan tersebut akan menyumbang kepada jalan yang terbaik bagi sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran. Dalam membentuk soalan ini, ia perlulah dibincangkan bersama ahli kumpulan dan soalan yang dihasilkan perlulah bermakna bukan sahaja kepada kita sebagai guru dan penyelidik, tetapi juga kepada murid yang merupakan responden kajian kita.



Berdasarkan buku DOING ACTION RESEARCH, A GUIDE FOR SCHOOL SUPPORT STAFF
(Claire Taylor, Min Wilkie & Judith Baser);

Faktor utama untuk mendapatkan permulaan yang positif untuk melakukan Kajian Tindakan adalah dengan mendapatkan fokus yang betul; namun di sekolah,terdapat kesukaran untuk meletakkan keutamaan kepada perkara-perkara yang bakal memberikan kesan yang berfaedah.

PENTING:

- Perkara yang telah dikenalpasti untuk dilakukan penambahbaikan haruslah merupakan perkara yang boleh membawa kepada perubahan dan pengkaji juga bermotivasi untuk menjalankan kajian tindakan tersebut.

- Pengkaji mendapat keyakinan bahawa beliau mendapat hak untuk menggunakan dan mendekati sumber-sumber yang relevan serta peserta.

- Kegagalan projek kajian tindakan di sekolah berlaku kesan daripada idea yang 'diberi' kepada pengkaji, yang menyebabkan ketiadaan minat terhadap projek yang dikaji, pengkaji juga akan kurang merasakan kajian itu adalah kepunyaannya, dan juga tindakan untuk berubah tidak dilakukan.

- Pengkaji seharusnya mempunyai idea-idea mengenai apakah kemungkinan-kemungkinan penyelesaian terhadap masalah yang dikaji. ini bukanlah bermakna pengkaji dikehendaki membuat hipotesis yang canggih berkaitan kajian, pengkaji hendaklah mencuba membayangkan penyelesaian yang mungkin bakal membawa kepada perubahan.

Persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh pengkaji untuk mengenalpasti permasalahan kajian tindakan:

1.Apa yang saya lihat sebagai masalah?

2.Apa bukti yang boleh saya kumpulkan untuk menunjukkan bahawa ianya satu permasalahan?

3.Adakah permasalahan ini penting kepada saya dan adakah ia dapat menarik minat saya?

4.Adakah saya mempunyai masa untuk membawa perubahan?

5.Adakah saya mempunyai sumber untuk menangani permasalahan ini?

6.Adakah saya mempunyai hak untuk mendekati peserta? (Pelajar/teman sekerja)

7.Adakah saya mempunyai idea mengenai apakah tindakan yang berkemungkinan akan membawa kesan kepada perubahan?


MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN dalam buku Educational Inclusion As Action Research : an interpretive discourse
(Christine O'hanlon)


1. Penyelesaian masalah boleh dikenalpasti dengan memikirkan tentang situasi masalah yang telah dialamatkan. Persoalan kajian kemudian akan disiasat dan tindakan akan diambil untuk memperbaikinya. Apa-apa situasi soalan tertentu boleh dijadikan sebagai persoalan kajian.
Contohnya :
=Bagaimana pembelajaran secara sokongan bantuan dapat membantu dalam
amalan inklusif di sekolah
=Adakah sekolah menggunakan sepenuhnya pembelajaran secara sokongan bantuan untuk meningkat dan memberi galakan kepada pembelajaran pelajar di dalam
bilik darjah

2. Selain itu, pernyataan masalah boleh juga dimulakan dengan sesuatu isu yang berlaku di sekolah. Sesuatu isu biasanya, ekoran daripada tindakan perdebatan atau pernyataan tentang aspek amali yang diragui/boleh dipersoalkan atau besifat kontroversi/menimbulkan perbalahan.

3.Selain itu, permasalahan turut wujud dalam diri sendiri iaitu penyelidik selaku guru turut mengambil perhatian terhadap sesuatu yang ingin diketahui iaitu apakah yang berlaku. Adalah penting memulakan dengan bertanya pada diri sendiri mengapa soalan atau masalah tertentu penting bagi anda

Berdasarkan kajian kes :


Meg seorang guru sekolah rendah telah mengaplikasikan kajian tindakan yang telah dipelajari ketika di universiti. Dia sangat bimbang dengan beberapa orang murid di dalam kelasnya yang sering menimbulkan gangguan kepada pelajar lain untuk belajar kerana masalah pengurusannya dan dia merasakan mereka tidak mendapat pengajaran yang baik darinya.

Meg telah dapat mengenal pasti masalah setelah mengalaminya sendiri. Dia perlu melakukan kajian untuk menangani masalah ini. Meg telah menimbulkan persoalan kajian iaitu :

" bagaimana saya boleh menguruskan tingkah laku pelajar yang sering menimbulkan gangguan di dalam kelas"
Meg mula mengelaskan tingkah laku murid dengan membuat pemerhatian.
+ murid berlari mengelilingi bilik darjah
+ murid sentiasa pergi ke tandas
+ suka mengganggu rakan yang lain
setelah dapat mengenalpasti tingkah laku murid barulah Meg mengaplikasi kaedah yang lebih sesuai sebagai kajian untuk mengubah tingkah laku muridnya supaya lebih fokus ketika belajar

4. Untuk memulakan kajian :

1. adalah penting tanya dahulu diri sendiri mengapa soalan tertentu atau perkara yang
menjadi isu itu yang dipilih
2. reflek pada sejarah profesional anda dan bagaimana menilai diri sendiri dan pengaruh yang menarik anda membuat pilihan tajuk kajian
3. tulis sedikit pengenalan pendek berkenaan kajian, reflek pada nilai pendidikan anda

5. Namun begitu, terdapat beberapa persoalan dalam menentukan permasalahan kajian yang perlu dijawab oleh penyelidik sebelum melakukan penyelidikannya. Antara soalannya adalah

1. Apakah yang saya/kami ingin dedahkan dalam kajian?
2. Adakah kajian akan menjadi panduan kepada polisi atau amalan inklusif?
3. Apakah jenis bukti yang diperlukan?
4. Apakah yang boleh dipelajari daripada kajian?
5. Bagaimana bukti boleh dikumpul dan dengan siapa?Bagaimana data boleh ditafsirkan?

Aktiviti 9: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

TAJUK KAJIAN: PENGINTEGRASIAN VIDEO DAN SMART KIT UNTUK PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Matlamat/Objektif Umum:
Meningkatkan pemahaman dan minat murid bermasalah pendengaran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan.


Objektif Khusus:

1. Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu dan Perdagangan.

2. Mengubah kaedah pengajaran guru supaya lebih menarik dan berkesan.

3. Membantu murid memahami dan mengingat melalui gambaran visual dan penggunaan kit yang menarik.


Soalan Kajian:

1) Bagaimanakah penggunaan Video dan Kit dapat meningkatkan minat, pemahaman dan daya ingatan murid bermasalah pendengaran terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, Perdagangan dan Prinsip Akaun?

2) Adakah proses pengajaran guru menjadi lebih menarik setelah menggunakan video dan Smart Kit dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Aktiviti 8: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

CADANGAN MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU DAN PERDAGANGAN


Cadangan Ahli Kumpulan



1. Guru menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid, iaitu murid terlibat secara aktif di dalam kelas.

2. Guru menggunakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingat tajuk dalam bahasa melayu terutamanya tatabahasa dan juga fakta-fakta dalam subjek perdagangan.

3. Guru menggunakan video dan kit pengajaran sebagai ABM bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran terutama Bahasa Melayu dan Perdagangan.

4. Guru memberi penerangan atau definisi terhadap perkataan-perkataan yang baru kepada pelajar.

5. BBM yang menarik boleh digunakan untuk meningkatkan ingatan pelajar terhadap subjek-subjek tersebut.



Cadangan Dari Luar Kumpulan

1. Guru boleh menggunakan BBM yang menarik dan sesuai untuk meningkatkan teknik membina ayat untuk Bahasa Melayu.

2. Guru membuat set induksi yang menarik bagi menarik tumpuan pelajar.

3. Guru harus memberi tumpuan kepada pelajar secara keseluruhan dan memberi penerangan supaya setiap pelajar dapat memahami pengajaran tidak kira pelajar yang pintar atau lemah.

Aktiviti 7: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

PENGALAMAN AHLI KUMPULAN


Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu

1) Guru menggunakan kaedah pengajaran yang sama setiap kali masuk ke kelas.

2) Guru hanya menyuruh pelajar membaca sahaja di dalam buku teks dan membuatkan pelajar bosan.

3) Guru tidak melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas.

4) Guru lebih banyak mengajar menggunakan teknik syarahan.

5) Guru tidak banyak menggunakan bahan bantu mengajar.



Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Perdagangan

1) Guru tidak menggunakan sebarang ABM untuk meningkatkan kefahaman murid.

2) Guru tidak menekankan atau menerangkan sesetengah perkataan-perkataan yang baru kepada murid.

3) Terdapat banyak fakta dalam subjek ini tetapi guru tidak menunjukkan cara-cara untuk meningkatkan ingatan murid.

4) Guru perlu menerangkan setiap transaksi satu persatu dimana sekiranya pelajar tidak memberi perhatian atau terhayal seketika akan menyebabkan pelajar itu tertinggal langkah sebelum itu dan menyukarkannya untuk menguasai topik tersebut.

5) Guru menggunakan kaedah yang sama setiap kali masa pengajaran iaitu menggunakan kaedah “chalk & talk”.



PENGALAMAN DARI LUAR KUMPULAN


Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu


1) Guru sukar mengajar teknik membina ayat, karangan, rumusan, ayat tersirat tersurat.

2) Ada sesetengah guru terlalu terikat pd buku teks.

3) Guru tidak menggunakan set induksi.



Refleksi Mengenai Kelemahan Pengajaran Subjek Perdagangan

1) Mengambil masa yang lama untuk menerangkan tentang sesuatu topik.

2) Guru hanya berfokus pada tajuk yg keluar dalam peperiksaan.

3) Guru hanya meminta pelajar menyalin nota(guru baca dan pelajar salin).

4) Guru tidak memberi perhatian kepada pelajar lemah dan beranggapan semua pelajar pandai.

Aktiviti 6: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

PENGALAMAN AHLI KUMPULAN


Refleksi Mengenai Kekuatan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu

1) Guru menerangkan secara terperinci topik-topik di dalam Bahasa Melayu seperti format surat dan laporan, bagaimana membuat pantun, syair, sajak damn puisi juga lain-lain.

2) Guru menggunakan teknik pengajaran yang menarik minat pelajar seperti membuat lakonan dan simulasi bagi tajuk komponen sastera dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

3) Guru menggunakan teknik peta minda untuk memudahkan pelajar mengingat isi-isi penting sebelum membuat karangan.

4) Guru banyak memberi latihan kepada pelajar.

5) Guru menggalakkan dan menekankan budaya membaca di kalangan murid untuk memudahkan penghasilan isi-isi untuk membuat karangan.



Refleksi Mengenai Kekuatan Pengajaran Subjek Perdagangan

1) Mata pelajaran perdagangan diajar mengikut perkembangan semasa dan guru memberi hubung kait dengan aktiviti harian supaya pelajar mudah faham.



PENGALAMAN DARI LUAR KUMPULAN


Refleksi Mengenai Kekuatan Pengajaran Subjek Bahasa Melayu

1) Mata pelajaran bahasa melayu mudah diajar kerana ianya bahasa ibunda.

2) Guru menggunakan kaedah dendaan untuk memotivasikan pelajar supaya rajin membaca.

3) Guru menggunakan cara yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar (memberi penerangan yang jelas dan ada sense of humor).


Refleksi Mengenai Kekuatan Pengajaran Subjek Perdagangan

1) Guru memberikan banyak contoh yang sesuai.

2) Guru memberi latihan selepas tamat setiap bab.

3) Guru mengajar mengikut perkembangan semasa dan mempunyai hubung kait dengan aktiviti harian.

Friday, November 13, 2009

Aktivititi 3 – tugasan 3 - kolokium (Kumpulan)

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR
MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN UNTUK BERKOMUNIKASI SECARA LISAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘VERBAL REPEATITION’ DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

PEMBENTANG :

Suzana Mohd Fauzi (P48659)
Ummi Salmah Adnan (P48606)
Najwa Hayatee Abdullah (P48610)

Ringkasan Kajian:
PERNYATAAN MASALAH

Kajian inni dilakukan adalah untuk melihat sejauhmana penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ dapat meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan ketika proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini juga dapat menilai adakah pelajar bermasalah pendengaran dapat menguasai sebutan istilah perkataan dalam P&P dengan menggunakan kaedah ’ verbal repeatition’.
IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi kajian hasil penggunaan kaedah ‘verbal repeatition’ di dalam bilik darjah telah menunjukkan tindak balas yang positif dari pelajar bermasalah pendengaran. Pelajar dapat menyebut beberapa istilah di dalam matapelajaran yang diajar di sekolah. Pelajar juga boleh berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan mereka dengan mengeluarkan suara dan berjaya menyebut perkataan dengan betul. Kaedah ini juga telah menarik minat pelajar-pelajar yang pasif dan malu untuk mengeluarkan suara terlibat secara aktif dengan pelajar lain ketika proses P&P.
1) Adakah kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan
Jawapan: Kajian ini bertepatan dan bersesuaian dengan maksud kajian tindakan, dimana ia melibatkan penambahbaikkan dalam amalan pengajaran untuk meningkatkan kualiti dan mutu pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar itu sendiri.

2) Nyatakan sebab sesuai
Merujuk kepada permasalahan kajian, pengkaji telah mengenalpasti terlebih dahulu isu pelajar pendengaran yang tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi secara verbal dan mereka lebih selesa menggunakan bahasa isyarat sebagai medium komunikasi walaupun mereka mempunyai suara. Pengkaji juga melihat guru menjadi punca utama mengapa para pelajar kurang berkeyakinan untuk menggunakan suara. Dari situ, pengkaji telah membuat perancangan, pelaksanaan dan refleksi dalam melaksanakan pengajaran menggunakan verbal repeatition bersama-sama dengan bahasa isyarat yang mana lebih dikenali sebagai komunikasi seluruh.


MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MELALUI TEKNIK GUBAHAN LIRIK LAGUNAMA PEMBENTANG : ROBIAH BT MOHAMAD & SITI HAJJAR HASNAA BT YAHYA


OBJEKTIF KAJIAN

 Meningkatkan minat pelajar serta kaedah pengajaran guru dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
 Melatih para pelajar agar dapat mengingati fakta dengan mudah dan berkesan.
 Membina keyakinan dan jati diri pelajar.

DAPATAN KAJIAN
1. Melalui rakaman audio, pengkaji mendapati bahawa pelajar merasa agak terkejut dan teruja walaupun pada mulanya pelajar merasa kekok & sukar menghayati lirik yang baru.
2. Hasilan daripada rakaman video pula menunjukkan para pelajar aktif melibatkan diri dalam tugasan yang diberikan serta bersemangat untuk menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri.
3. Melalui pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa para pelajar sentiasa aktif dan bertanya kepada guru ketika proses P & P. Pelajar juga menunjukkan semangat berpasukan serta tidak lagi bosan dan menunjukkan minat mereka terhadap mata pelajaran ini.
4. Hasil daripada temubual pula, pengkaji mendapat respon daripada pelajar Tingkatan 4 bahawa teknik ini seronok kerana memberi kelainan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Manakala pelajar tingkatan 5 pula berpendapat teknik ini perlu diteruskan dan diberi penghargaan kepada pelajar yang menang.
1) Adakah kajian tersebut sesuai dengan maksud kajian tindakan
Kajian ini menepati maksud kajian tindakan

2) Nyatakan sebab sesuai
Ini kerana ia merupakan satu pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana pengkaji menggunakan pendekatan lirik lagu bagi meningkatkan minat para pelajar yang menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam mempunyai fakta yang banyak dan sukar diingat. Kajian ini menggunakan kaedah yang sistematik dalam membuat pengumpulan dan penganalisisan data.

Aktiviti 2: Tugasan 2 - Jurnal (Individu)

Jurnal 1: Listening to Parents’ Voices: Participatory Action Research in The Schools
Oleh Christine J. Ditrano dan Louise Bordeaux Silverstein

1) Apa masalah yang dijadikan kajian?

Jurnal ini mengkaji tentang bagaimana pihak sekolah dan ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya dari segi emosi boleh bekerjasama. Ia bertujuan untuk meningkatkan kerjasama diantara sekolah dan ibu bapa, bagi memperbaiki perkhidmatan kepada kanak-kanak dan menghasilkan satu model yang bukan sahaja boleh digunakan di sekolah tetapi juga kaedah klinikal yang lain. Ia juga menggambarkan bagaimana kajian kerjasama membina modal budaya dan sosial untuk individu dan masyarakat.

2) Apakah sampel kajian dan dimana kajian dijalankan?
Kajian ini dijalankan di Rockland Country, New York. Kajian ini melibatkan sebelas ibu bapa yang terdiri daripada 6 emak, 3 ayah dan 2 ibubapa (ibu kepada kanak-kanak ketidakupayaan emosi yang bekerja di Persatuan Kesihatan Mental (MHA), Rocklan Country sebagai pembela ibu bapa dan C.J.D (sebuah sekolah psikologi).

3) Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
• Perjumpaan kumpulan ibu bapa
- Kurikulum menerangkan tentang proses pendidikan khas dan mencadangkan pelbagai strategi ibu bapa dalam membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku. Pada awal perjumpaan, mereka digalakkan untuk bertanya namun mereka bersikap pasif dan MHA tidak berpuas hati dengan keputusan itu kerana ia tidak meningkatkan penyertaaan ibu bapa di aktiviti sekolah.
- Pada tahun 2002, CJD mencadangkan kumpulan PAR (Participatory Action Research) dengan matlamat untuk meningkatkan hubungan ibu bapa dengan sekolah sebagai memenuhi keperluan mereka dan anak-anak mereka dengan lebih berkesan.
- Terdapat 7 kali perjumpaan yang dilakukan dengan audiotape yang melibatkan 9 ibu bapa, 2 pasang ibu bapa dan CJD, yang mengambil masa kira-kira 5 bulan
- Sepanjang perjumpaan itu berlangsung, ibu bapa dibenarkan membawa anak-anak mereka dimana pusat penjagaan kanak-kanak disediakan. 4 orang sukarelawan akan membantu dan membimbing mereka untuk menyiapkan kerja rumah, belajar untuk persediaan peperiksaan dan belajar kemahiran belajar serta menyediakan makanan dan projek-projek seni. Oleh itu, kanak-kanak berasa gembira dengan tumpuan yang istimewa yang diberikan kepada mereka.
- Dalam 5 bulan ini, CJD menggunakan strategi PAR untuk menggalakkan ibu bapa aktif bekerjasama di dalam proses kajian dan menumpukan kepada matlamat tindakan sosial. Contohnya, dalam perjumpaan pertama setiap ibu bapa diminta menceritakan pengalaman masing-masing sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak kurang upaya dari segi emosi. Ia menjadikan ibu bapa menyumbang secara aktif dalam kumpulan dan menitikberatkan serta mengambil kira sistem persekolahan ditempat mereka.
• Peserta merasai sendiri bekerjasama dan membangunkan kesedaran kritikal
- Sebagai ibu bapa yang mengalami sendiri dan mendengar cerita dari ibu bapa yang lain, mereka mula bertanya samada sistem pendidikan khas yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan anak-anak mereka atau tidak. Perbincangan ini menjadikan mereka semakin aktif dan setiap pertemuan akan dirakamkan secara audio, dan seorang daripada ibu bapa berkenaan sukarela untuk mengkaji semula transkrip tersebut dan membentuk topik umum untuk perbincangan, dan akhirnya mencapai keputusan sebulat suara yang konkrit untuk didengar bagi memperjuangkan nasib anak-anak mereka.
• Fasa pendidikan
- Untuk perjumpaan 4 dan 5, ibu bapa telah menentukan agenda terutama topik yang ingin mereka pelajari. Dan mereka dikehendaki mencari maklumat atau pengetahuan tersebut dan berkongsi maklumat yang mereka ketahui antara satu sama lain.
• Fasa Tindakan
- Kemudian mereka merancang untuk melakukan projek tindakan termasuk bertemu dengan pegawai sekolah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat, bertindak sebagai pembela yang aktif kepada anak-anak mereka dan membuat rakaman video terhadap komponen-komponen tertentu untuk menggambarkan kumpulan.

4) Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data?
Dokumentasi- Fasa Analisis Data
- Hasil rakaman video dan audio yang diperolehi pada setiap kali perjumpaan diteliti dan dianalisis menggunaka Auerbach dan Silverstein. Pendekatan ini melibatkan tiga tahap analisis dan juga ‘bottom-up’ dan ‘top-down’ kodan.
- Kodan ‘bottom-up’ digunakan untuk menganalisis teks-teks yang relevan iaitu kata-kata peserta itu sendiri pada tahap pertama yang merupakan idea berulang.
- Tahap kedua pula dengan mengumpulkan idea yang berulang-ulang itu dengan menggunakan tema (themes). Ia menggambarkan idea umum tentang idea yang berulang-ulang.
- Tahap ketiga dan tahap yang paling abstrak dalam analisis data ialah membentuk teori. Ia melibatkan ‘top-down’ kodan dan memberi kesan kepada konsep teori yang diambil dari teori psikologi



Jurnal 2 : Improving Accounting Education Through The Use Of Action Research

1) Apa masalah yang dijadikan kajian?
Bagaimanakah untuk menggalakkan murid-murid membaca sumber dokumen yang utama di dalam perakaunan seperti Piawaian Perakaunan dan “Exposure Draft”, dan mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada buku teks yang telah diringkaskan. Pengkaji mendapati bahawa para pelajar akan memperolehi banyak manfaat daripada pembacaan dan penggunaan dokumen-dokumen tersebut terutama sebagai rujukan bagi memperolehi bahan-bahan yang mereka perlukan di dalam sesuatu kajian perakaunan, dan sekaligus dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Ini seterusnya membentuk kemahiran-kemahiran kajian sebagai persediaan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan terutama sebagai akauntan profesional dan juru audit.

2) Apakah sampel kajian dan dimana kajian dijalankan?
Sampel kajian ialah 52 orang pelajar semester 1, Universiti Scottish yang berada di United Kingdom. 52 orang pelajar tersebut adalah pejar yang mengambil subjek penyediaan Perakaunan Kewangan untuk Kumpulan dan Syarikat. Bagi pusingan kedua, ia menggunakan pelajar yang sama sebagai responden.

3) Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
Kajian dimulakan dengan melaksanakan perubahan cara pengajaran yang menggunakan perisian atau program perakaunan tertentu ke atas para pelajar semester satu yang mengambil subjek penyediaan Perakaunan Kewangan untuk Kumpulan dan Syarikat. Makmal bagi perubahan yang dilaksanakan belum dibangunkan, namun begitu terdapat sokongan juruteknik bagi beberapa minggu pertama penguaan perisian atau program tersebut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan daripada para pelajar. Kajian ini telah dijalankan sebanyak dua pusingan, dimana pusingan pertama dilaksanakan semasa semester satu, manakala pusingan kedua dilaksanakan di semester dua dimana pada masa itu, para pelajar mengambil subjek Amalan dan Isu Pelaporan Kewangan (FRIA) dan Perakaunan Antarabangsa (IA).

4) Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data?
Pengawasan terhadap perubahan tersebut dilakukan melalui pemerhatian, kerja makmal, perbincangan secara tidak formal bersama pelajar dan kesannya keatas pengetahuan pelajar berdasarkan hasil kerja tutorial/latihan.



Jurnal 3 : Science Teachers’ Attempts at Integrating Feminist Pedagogy through Collaborative Action Research

1) Apa masalah yang dijadikan kajian?

Kajian ini berkaitan dengan ajaran dan pendidikan Sains dimana bagaimana guru mengajar subjek Sains kepada sekumpulan pelajar dimana ia lebih tertumpu kepada pengalaman tiga orang guru yang menggunakan pedagogi Feminist dalam pengajaran mereka.

2) Apakah sampel kajian dan dimana kajian dijalankan?
Membabitkan tiga orang guru yang merupakan sebahagian daripada satu keluarga dimana sebelas orang ahlinya merupakan guru yang mengajar di sekolah bandar, luar bandar dan pinggir bandar di Massachusetts Barat dan mereka mengamalkan pendekatan pedagogi Feminist.

3) Bagaimana pengkaji melakukan kajian tindakan (prosedur)?
Sepanjang tempoh 6 bulan, pengkaji dan tiga orang guru terbabit pergi ke lain-lain guru untuk berbincang secara kolaboratif berkaitan isu-isu ekuiti, kepelbagaian dan kebolehpercayaan dalam pendidikan Sains serta profesional, praktikal dan aspek-aspek dalam menjalankan penyelidikan. Setiap perjumpaan direkodkan dan kemudian ditulis semula oleh pengkaji. Kemudian pengkaji menjalankan pemantauan ke atas kelas-kelas yang diajar oleh setiap guru tersebut dan menebual guru tersebut berkaitan pengajaran mereka. Prosedur ini dilakukan sebanyak 3 ke 5 sesi untuk setiap guru.
6 bulan berikutnya pula , satu kumpulan kecil yang terdiri dari 11 orang guru Sains yang telah telah ditemubual sebelum ini dibentuk untuk meneruskan kerja kajian. Perbincangan semasa makan malam dilakukan bagu membincangkan tentang matlamat kajian. Setiap perjumpaan direkodkan dan disalin semula oleh pengkaji.

4) Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data?
Pemerhatian, temubual dan perbincangan dilakukan bagi mendapatkan data.

Aktiviti 4: Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

TAJUK : PENGINTEGRASIAN VIDEO DAN SMART KIT UNTUK PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Cadangan untuk mini kajian tindakan kumpulan kami ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan bahan elektronik dan bukan elektronik. Kami menggunakan video dan juga smart kid sebagai bahan bantu mengajar untuk pelajar masalah pendengaran. Pelajar bermasalah pendengaran lemah dalam penguasaan bahasa terutamanya bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ada sesetengah pelajar yang hanya tahu perkataan tetapi tidak mengetahui makna perkataan tersebut. Oleh itu, kami menggunakan video sebagai gambaran visual untuk memudahkan pelajar memahami dengan melihat sendiri apa yang terdapat di dalam video yang ditayangkan. Penggunaan smart kid adalah sebagai penilaian kepada pelajar untuk melihat tahap kefahaman pelajar menguasai pembelajaran di dalam bilik darjah.

Aktiviti 5 – Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 Mini KT

MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Menurut buku: BECOMING A TEACHER THROUGH ACTION RESEARCH (Donna Kalmbach Philips & Kevin Carr)
• Untuk mengetahui proses untuk menjadi seorang guru.
• Untuk memahami dengan lebih baik isu pelajar dan sekolah
• Untuk menganalisis kurikulum, berdasarkan literature di dalam amalan tersebut, dan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan sebagai suatu petunjuk kepada seorang guru untuk melaksanakan tindakan yang sewajarnya.
• Untuk mencari atau menghasilkan kaedah pengajaran, amalan atau pendekatan sebagai perkara yang dititikberatkan untuk meningkatkan atau memperbaiki pembelajaran, sikap dan motivasi pelajar.

Menurut buku: DOING ACTION RESEARCH, A GUIDE FOR SCHOOL SUPPORT STAFF (Claire Taylor, Min Wilkie & Judith baser);
• Untuk memperbaiki P & P
Untuk mendapatkan wawasan baru serta kefahaman terhadap pelbagai isu yang berlaku di sekolah. Kajian ini juga dapat memberi bukti serta penjelasan terhadap peristiwa serta fenomena yang berlaku. Selain itu, ia juga adalah untuk meningkatkan kualiti kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
• Untuk menghasilkan teori baru
Ketika menjalankan rangka kerja kajian yang sistematik, terdapat peluang untuk menghasilkan teori untuk memahami proses praktikal di dalam P & P.
• Untuk meningkatkan kemahiran merefleks pendidik

Merujuk kepada buku: EDUCATIONAL INCLUSION AS ACTION RESEARCH
• Meningkatkan mutu pengajaran mereka
• Meningkatkan keberkesanan profesional sebagai guru untuk menyumbangkan pengetahuan kepada masyarakat dan pendidikan menyeluruh.
• Menjadikan guru sebagai seorang yang reflektif terhadap isu-isu pengajaran dalam pendidikan
• Membentuk kemahiran yang meningkatkan kefahaman tentang sekolah dan kerumitan di dalam bilik darjah
• Menyediakan kefahaman mendalam untuk membuat keputusan setiap hari berkaitan dengan amalan pendidikan secara menyeluruh.


Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?
PENGINTEGRASIAN VIDEO DAN SMART KIT UNTUK PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN

Kami menggunakan video dan juga smart kit sebagai bahan bantu mengajar untuk pelajar masalah pendengaran. Kami memilih tajuk ini kerana:
1. Meningkatkan pemahaman pelajar masalah pendengaran
*Sebagai langkah untuk mereka lebih mudah untuk memahami apa yang diajar. Kami menggunakan video sebagai gambaran visual untuk memudahkan pelajar memahami tajuk-tajuk dalam Bahasa Melayu dan Perdagangan
2. Membantu pelajar memahami maksud/makna sesuatu perkataan
* Pelajar bermasalah pendengaran sememangnya lemah dalam penguasaan bahasa terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berbanding dengan matapelajaran yang melibatkan kemahiran dan pengiraan. Ada sesetengah pelajar yang hanya tahu perkataan tetapi tidak mengetahui makna perkataan tersebut. Mereka tidak pernah mendengar perkataan atau istilah-istilah baru yang mungkin asing bagi mereka. Penglihatan secara visual dapat membantu kefahaman mereka contohnya seperti perkataan pengalaman, kata kerja, perniaagaan, pengguna, iklan, pembeli, pembekal dan sebagainya
3. Melibatkan pelajar masalah pendengaran secara aktif di dalam bilik darjah
*Penggunaan smart kit juga dapat mewujudkan pembelajaran secara student centred pelajar terlibat secara aktif di dalam bilik darjah. selain itu ia dapat membantu pelajar mengingat dan sekaligus dapat membantu pelajar menguasai pelajaran yang diajar oleh guru

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 2: Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1 : “Listening to Parents’ Voices: Participatory Action Research In The Schools
Jurnal ini membuat kajian bertujuan untuk meningkatkan tahap kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar kurang upaya dari segi emosi melalui projek kajian tindakan. Apabila ibubapa berkongsi cerita mereka berkenaan pengalaman mereka dalam menjaga anak-anak mereka, ketidak upayaan dan pengasingan. Dari situ mereka cuba untuk mendapatkan maklumat tentang keadaan atau nasib anak-anak mereka serta pilihan pendidikan untuk anak-anak mereka. Akhirnya, mereka bangunkan dan melaksanakan rancangan tindakan untuk memperbaiki hubungan keluarga/ibubapa dan sekolah secara setempat, masyarakat dan negeri. Artikel ini menyimpulkan dengan contoh bagaimana model PAR boleh digunakan di dalam persekitaran kesihatan mental.


JURNAL 2 : AN ACTION RESEARCH EXPLORATION INTEGRATING CHOICE AND ARTS ACTIVITIES IN A SIXTH GRADE SOCIAL STUDIES CLASSROOM
Cara untuk menyatupadukan seni dalam matapelajaran sains sosial. Kajian ini adalah untuk meneroka bagaimana gabungan seni dalam pendidikan sains sosial dapat meningkatkan penyertaan dan motivasi pelajar serta kesan pencapaian pelajar setelah dapat meningkatkan motivasi dan penyertaan tersebut


Jurnal 3: THE EFFECTS OF PICTURES AND PROMPTS ON THE WRITING OF STUDENTS IN PRIMARY GRADES: ACTION RESEARCH BY GRADUATE STUDENTS AT CALIFORNIA STATE UNIVERSITY, NORTHRIDGE

9 guru dengan pengalaman mengajar secara purata 6 tahun (1 – 15 tahun) terlibat dalam kajian tindakan untuk mengkaji pengaruh gambar yang dipilih oleh guru terhadap kemahiran menulis murid. Seramai 165 pelajar sekolah rendah terlibat di dalam 2 fasa dalam projek ini: 83 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan daripada tadika sehingga Gred 2. Data menunjukkan bahawa apabila guru memilih tugasan menulis sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran menulis, penting bagi mereka untuk tahu samada ‘prompts’ sahaja atau ‘prompts’ digabungkan dengan gambar akan lebih memberi manfaat. Bagi pelajar yang lebih muda, dan mungkin pelajar bahasa kedua, gambar akan membantu kemahiran menulis dan melukis. Bagaimanapun, selepas tadika, gambar yang digabungkan bersama ‘prompts’ tidak memberi kesan positif terhadap penulisan mereka. Guru yang mengkaji telah memberi kesimpulan bahawa walaupun gambar akan memberi konteks dan maklumat kepada pelajar di semua peringkat umur untuk menulis, namun ia akan menyekat kreativiti mereka. Ini adalah dapatan yang tidak diduga: kerana faktor penentu sebenarnya adalah pengalaman dan pengetahuan bahasa Inggeris pelajar itu sendiri

Aktiviti 1 Tugasan 1 Buku: Apa itu Kajian Tindakan?

Berdasarkan buku Educational Inclusion as Action Research maksud kajian tindakan:

1. Menghimpunkan dan menganalisa maklumat dengan tujuan untuk membuat perubahan atau meningkatkan amalan pendidikan di sekolah-sekolah, organisasi pendidikan dan di institusi pendidikan
2. Kajian tindakan adalah cara untuk menilai amalan menyeluruh dalam bilik darjah dan sekolah
3. Satu cara untuk membangunkan pengetahuan kendiri secara profesional dan mencipta teori yang baik untuk mengajar dan belajar


Mengikut buku Becoming a Teacher Through Action Research

(Donna Kalmbach Phillips & Kevin Carr);

Kajian Tindakan merupakan pendekatan yang teratur dan sistematik untuk menyelesaikan masalah di mana ia mempunyai kitaran proses perancangan, pengumpulan data dan penyelesaian masalah secara aktif dengan adanya refleksi, analisis kritikan dan penilaian secara berterusan ke atas sesuatu permasalahan, dan hasilnya memberi makna kepada setiap pihak yang terlibat.


Mengikut buku DOING ACTION RESEARCH, A GUIDE FOR SCHOOL SUPPORT STAFF

(Claire Taylor, Min Wilkie & Judith baser);


1) Definisi Kajian Tindakan oleh Bartlett et al.:

‘Pengumpulan, pembentangan dan analisis data secara sistematik’.

-Oleh itu, kajian adalah amalan mengumpul data seperti yang kita lakukan sehari-hari, tetapi dalam cara yang teratur dan sistematik untuk mencipta teori atau menyelesaikan masalah praktikal.


2) Definisi Kajian Tindakan oleh Cohen et al.:

Kajian Tindakan adalah satu alat yang berkuasa untuk membuat perubahan dan pembaikan di peringkat setempat’.

-Projek kajian tindakan lebih berfokus kepada setempat. Ini kerana hasil kajian tidak boleh dibuat kesimpulan umum yang menyeluruh terhadap persekitaran yang berbeza

Tugasan 1: Ulasan Buku- APa itu Kajian Tindakan?

Thursday, November 5, 2009

AKTIVITI 3-TUGASAN 3-KOLOKIUM

Ulasan Kajian Tindakan 1:
Meningkatkan Kefahaman Dan Minat Pelajar Dalam Subjek Sains Tingkatan Dua Melalui Kaedah Kooperartif Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek, Sepang.
Dibentangkan oleh: Wan Norsalina Wan Hussin, Nor Asmah Binti Buang

1) Pernyataan Masalah
Kajian ini telah dilakukan berdasarkan beberapa permasalahan iaitu:
• Para pelajar cepat bosan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Selama 4 minggu pemerhatian yang dilakukan oleh para pembentang, mereka mendapati bahawa para pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian dan cepat berasa bosan apabila proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara kuliah. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sains

• Kurangnya daya tumpuan menyebabkan mereka kurang faham terhadap pengajaran sains yang kompleks.
Akibat dari kurangnya perhatian di dalam kelas, secara tidak langsung ia mengakibatkan para pelajar kurang faham terhadap pengajaran Sains dan mereka menganggap mata pelajaran Sains merupakan suatu matapelajaran yang sukar dan kompleks. Ia menghasilkan objektif kajian yang kedua iaitu untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai mata pelajaran Sains melalui kaedah RoundRobin Brainstorming.

• Kaedah pengajaran yang kurang berkesan
Sebelum ini, proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara kuliah. Dan ia mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran begitu membosankan, seterusnya membuktikan kaedah pengajaran ini kurang berkesan. Para pembentang telah menebual pelajar berkaitan isu ini, dan mereka bersetuju bahawa pembelajaran kooperatif berpusatkan pelajar adalah sa1ngat sesuai digunakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sejauhmanakah kaedah pembelajaran kooperatif yang berpusatkan pelajar dapat menarik minat mereka di dalam Sains. Di dalam kajian ini, mereka telah memilih kaedah Roundrobin Brainstorming sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran kooperatif


2) Metodologi Kajian, Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri dari 4-5 orang pelajar. Setiap kumpulan akan mempunyai seorang ketua dan mereka diberikan beberapa subtopik kecil bersama-sama dengan soalan untuk dibancangkan dan dijawab dalam had masa yang ditetapkan oleh guru. Kemudian mereka membentangkan hasil perbincangan mereka tadi.
Semasa sesi perbincangan dan pembentangan, guru membuat pemerhatian dan penilaian terhadap tingkah laku, kerjasama, kefahaman dan keyakinan diri para pelajar. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan tindak balas pelajar terhadap keberkesanan kaedah kooperatif terutama Roundrobin Brainstorming.
Selain itu, untuk mengetahui sejauh manakah kaedah kooperatif berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, soal selidik dijalankan dimanra respondennya merupakan 70 orang pelajar Tingkatan 2. Sepuluh soalan berkaitan keberkesanan kaedah kooperatif diberikan kepada mereka dan hasilnya mendapati hampir semua pelajar bersetuju bahawa kaedah ini berkesan untuk diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains.


3) Implikasi Kajian
• Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat meningkatkan minat dan tahap kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains.
• Ia juga didapati berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam pengajaran mata pelajaran Sains.
• Selain itu, ia juga memupuk kerjasama dan keyakinan di dalam diri para pelajar, serta menjadikan para pelajar berfikiran kreatif dan kritis.


4) Apa Yang Dapat Anda Pelajari Dari Kajian Tersebut?
• Kaedah Roundrobin Brainstorming sesuai digunakan dan diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dimana penglibatan para pelajar di dalam kelas menjadikan ianya berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan minat didalam sesuatu mata pelajaran.
• Ia menjadi panduan kepada saya bagaimana untuk menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas itu hidup dan tidak membosankan.



Ulasan Kajian Tindakan 2:
Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Melalui Teknik Gubahan Lirik Lagu
Dibentangkan oleh: Robiah Binti Mohamad, Siti Hajjar Hasnaa Binti Yahya

1) Pernyataan Masalah
• Untuk meningkatkan minat para pelajar di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan kepelbagaian kaedah pengajaran guru terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.
• Untuk melatih para pelajar mengingati fakta dengan mudah dan berkesan.
• Untuk membina keyakinan dan jati diri para pelajar

2) Metodologi Kajian, Pengumpulan Dan Penganalisisan Data
• Kajian dilakukan ke atas 25 orang pelajar Tingkatan 2 SMK Desa Perdana, dimana para pelajar diminta untuk mengubah lirik lagu berdasarkan sesuatu topik di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dimana ia ditentukan oleh guru. Lagu yang digunakan hendaklah lagu-lagu yang terkenal dan mereka diberi masa selama dua minggu untuk menyelesaikannya, dan kemudian pertandingan diadakan.
• Sepanjang aktiviti ini berlangsung iaitu selama dua minggu tersebut, rakaman audio, rakaman video, pemerhatian dan temubuat telah dilakukan.


3) Implikasi Kajian
• Pada awalnya, para pelajar berasa kekok dan sukar untuk menghayati lirik lagu yang baru, dimana ia telah diubahsuai mengikut topik di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
• Namun begitu, mereka begitu teruja dengan perubahan kaedah pengajaran yang dilakukan
• Para pelajar juga begitu aktif melibatkan diri dalam menyelesaikan tugasan mencipta lirik lagu berdasarkan topik di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam secara berkumpulan. Mereka saling bekerjasama dan menunjukkan semangat berpasukan.
• Didapati para pelajar juga tidak merasa bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
• Para pelajar menyatakan kaedah mengubah lirik lagu ini sesuatu yang berlainan dan menarik serta memudahkan mereka untuk mengingat topik-topik di dalam pendidikan Islam
• Selain itu, kaedah ini juga melatih diri para pelajar untuk menjadi lebih kreatif, saling bekerjasama dan berdaya saing.

4) Apa Yang Dapat Anda Pelajari Dari Kajian Tersebut?
• Kaedah ini merupakan sesuatu yang sangat kreatif dan jarang digunakan oleh para guru.
• Bagi menarik perhatian para pelajar agar memberi tumpuan didalam kelas, sesuatu kaedah pengajaran itu boleh dilakukan di dalam pelbagai bentuk dan dikaitkan atau disesuaikan dengan minat para pelajar. Di dalam kajian ini, nyannyian merupakan kaedah yang sangat menarik dimana pada usia remaja kebanyakan para pelajar menyukai atau meminati muzik. Oleh itu, kaedah pengajaran yang melibatkan muzik akan menarik perhatian mereka dan memudahkan mereka untuk mengingati dan memahami sesuatu topik terutama bagi mata pelajaran yang melibatkan banyak fakta seperti mata pelajaran Pendidikan Islam dan Sejarah.

Monday, October 26, 2009

Tugasan Kelas: Mengapa guru perlu membuat kajian?

  1. Untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul dalam proses P&P
  2. Mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan yang wujud.
  3. Untuk tujuan penambahbaikan kaedah-kaedah yang digunakan didalam P&P agar menjadi lebih efektif
  4. Untuk menguji keberkesanan teori dan hipotesis P&P dengan mengaplikasikannya di dalam situasi yang sebenar
  5. Untuk menjana ilmu atau kaedah P&P yang baru bersesuaian dengan keadaan semasa
  6. Untuk menjadikan guru agar sentiasa berfikiran kreatif dan kritis
  7. Untuk memperdebatkan sesuatu polisi bagi menyesuaikannya dengan diri para pelajar
  8. Untuk memupuk guru agar mempunyai jiwa penyelidik kerana guru adalah sumber ilmu kepada para pelajar
  9. Dapat memahami pelajar dan persekitaran pelajar seterusnya mencari jalan yang terbaik dalam usaha menghasilkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
  10. Untuk memperluaskan dapatan kajian untuk dikongsikan dengan pihak-pihak yang berminat kerana sesuatu penyelidikan pendidikan akan menjadi berguna apabila ramai guru atau profesional dapat mengaplikasikan sesuatu hasil kajian di dalam proses P&P mereka.